Otak anak-anak sebenarnya SANGAT BIJAK!
Jadi bagaimana kita boleh SERLAHKAN lagi kehebatan otak mereka supaya mereka 

  • Mudah faham.
  • Mudah ingat.
  • Mudah fokus.
  • Mudah Skor A dalam peperiksaan.
  • Mudah terima anugerah pelajar cemerlang.
  • Mudah diterima masuk ke sekolah-sekolah elit di seluruh dunia.
"Kalau anda pernah terfikir bahawa anak anda SANGAT BIJAK tetapi dia mungkin belum mencapai POTENSI SEBENAR, saya percaya bahawa anda adalah BENAR!"
~Osman Affan~
I.Qyuzo ialah pemakanan tambahan PENGUAT DAYA INGATAN yang dipercayai dan dihasilkan oleh Osman Affan, Pakar Memori SmartStudy® & Malaysian Certified Memory Trainer.
Jadi, jika anak-anak hadapi masalah seperti:
  • Cepat lupa.
  • Lemah daya ingatan.
  • Susah untuk fokus semasa belajar.
  • Sudah rajin belajar tetapi masih sukar untuk skor A.
  • Kuat mengulangkaji tetapi tidak mampu mengingat.
  • Tidak pernah ponteng tuisyen tetapi masih sukar faham & ingat.
  • Sudah beli banyak buku tetapi masih tiada kemajuan.
  • Sangat cepat penat & hilang fokus semasa belajar.
I.QYUZO BOLEH MEMBANTU!
I.Qyuzo ialah pemakanan tambahan dalam bentuk tablet susu coklat yang menggunakan 19 bahan berkhasiat yang Insyaallah mampu membantu anak-anak
  • Menguatkan daya ingatan.
  • Menajamkan akal fikiran.
  • Meningkatkan tahap fokus minda.
  • Menaikkan pencapaian akademik.
  • Mengurangkan masalah lupa.
"   Sudah 20 tahun saya mengajar teknik memori SmartStudy® kepada pelajar di seluruh Malaysia.
Saya percaya, I.Qyuzo ialah PELENGKAP
kepada teknik memori SmartStudy®.
Gunakan teknik memori itu bagus tetapi apabila
ditambah dengan OTAK yang KUAT MENGINGAT,
hasilnya pasti sangatlah HEBAT!    "
Bagaimana boleh TERCETUS IDEA menamakan produk ini I.Qyuzo?
Apakah SATU BAHAN UTAMA dalam I.Qyuzo yang dapat membantu MENGUATKAN DAYA INGATAN?
.
.
Bahan utama itu ialah LUBAN!
Luban ialah sejenis resin atau damar. Ia merupakan cecair organik yang dihasilkan oleh pokok Boswellia Sacra. Ia boleh ditemui dengan banyak di Semenanjung Tanah Arab dan di sebelah Timur Laut Afrika.
Ia telah digunakan sejak zaman dahulu oleh para ilmuan Islam termasuk sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W untuk MENGUATKAN DAYA INGATAN.
Menurut maklumat yang dikongsikan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Kuala Lumpur, "....Luban ini telah menjadi amalan pemakanan para salaf soleh terdahulu (para sahabat di zaman nabi)."
Daripada Saidina Ali RA berkata: “...telah berkata kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya akan sifatnya yang pelupa. Maka Ali RA berkata: 
Hendaklah kamu mengamalkan luban, kerana ia (LUBAN) menguatkan hati serta menghilangkan penyakit LUPA”.
Malah, menurut Ilmuan Islam yang ternama, Ibnu Sina dalam bukunya yang bertajuk The Cannon of Medicine, beliau mengatakan bahawa Luban adalah sejenis bahan yang bukan sahaja boleh menguatkan daya ingatan, malah ia mampu menajamkan akal fikiran.
Sebentar.....
PENTINGKAH daya ingatan yang KUAT untuk anak-anak cemerlang di sekolah?
Bukankah ini zaman KBAT, kemahiran berfikir aras tinggi, kenapa mahu sibuk-sibuk menghafal lagi?
IBU BAPA SALAH FAHAM TENTANG CARA KUASAI KBAT!
KBAT berada di bahagian paling atas. Jadi ramai ibu bapa sangka, bahagian-bahagian bawah piramid KBAT itu adalah tidak penting. 
Mengingat di tempat paling bawah, sudah tentu ia
 paling tidak penting bukan?
.
.
.
TIDAK BENAR SAMA SEKALI!
Untuk MENCIPTA & MENILAI, anak-anak mesti mampu MENGANALISIS & MENGAPLIKASI.
.
Untuk MENGANALISIS & MENGAPLIKASI, anak-anak mesti mampu MEMAHAMI & MENGINGAT.
.
Jadi, bagaimana anak-anak mahu mahir KBAT jika FAKTA atau ISI PENTING pun mereka TIDAK BOLEH INGAT?
.
Kalau SIFIR pun tidak ingat, bagaimana anak-anak mahu jawab soalan aplikasi Matematik pecahan darab pecahan dengan CEPAT?
.
Bagaimana mahu jawab soalan KBAT subjek SEJARAH jika fakta-fakta asas untuk dibuat perbandingan pun TIDAK BOLEH INGAT?
.
Bagaimana LUBAN dalam I.Qyuzo boleh membantu
menguatkan daya ingatan?
Ini adalah 3 CARA UTAMA Luban dalam I.Qyuzo membantu anak-anak menguatkan daya ingatan.
PERTAMA
Kesan Anti-Radang
  • Radang adalah respon atau tindak balas badan terhadap jangkitan, kecederaan, serangan virus, parasit, bakteria dan sebagainya.
  • Radang yang berlaku kepada otak boleh MELEMAHKAN keupayaan daya ingatan.
  • Luban mengandungi asid boswellic yang mempunyai ciri-ciri anti-radang.
  • Ciri-ciri anti-radang ini membolehkan Luban melindungi sel-sel otak daripada rosak.
KEDUA
Melindungi saraf otak
  • Kajian saintifik ke atas haiwan mendapati Luban berupaya mengekalkan malah menambahkan jumlah neurons terutamanya yang terletak di bahagian 'hippocampus'.
  • 'Hippocampus' ini pula adalah pusat penghasilan memori atau ingatan.
  • Keupayaan Luban ini membuat otak dapat menguatkan daya ingatan dan memudahkan proses untuk mempelajari sesuatu yang baru
KETIGA
Melancarkan peredaran
 darah ke otak.
  • Ada 2 bahan dalam Luban yang dinamakan 'sesquiterpenes' dan 'monoterpenes'.
  • Secara ringkasnya, 2 bahan ini bertanggungjawab melancarkan peredaran darah ke otak lalu menambahkan kadar oksigen yang diterima oleh otak.
  • Oksigen yang mencukupi buat otak adalah SANGAT PENTING untuk membantu PEMBENTUKAN MEMORI dan juga KECERDASAN DALAM BERFIKIR.
Perasan tak...
Macam mana selalunya seorang guru boleh meneka dengan cepat, anak manakah yang 
  • Bijak.
  • Bakal skor A dalam peperiksaan.
  • Bakal jadi pelajar cemerlang.
Jawapannya ialah...
.
.
Pelajar yang cepat ingat atau masih ingat apa yang Cikgu telah ajar atau apa yang cikgu pernah sebut dalam kelas.
Ini bermaksud, cikgu cepat perasan bahawa seorang anak itu bijak apabila dia kuat memori atau kuat daya ingatan.
Jadi, jika mahu anak-anak jadi seorang yang bijak, mudah skor A dan bakal jadi pelajar cemerlang, bantu anak-anak untuk menguatkan daya ingatan.
Selain daripada LUBAN, apakah bahan utama dalam I.Qyuzo yang membantu MENGUATKAN DAYA INGATAN?
GINKGO BILOBA, MADU & BLUEBERRIES.
.
Manfaat Ginkgo Biloba dalam I.Qyuzo untuk daya ingatan:
#1 Melancarkan peredaran darah ke otak.
  • Mampu melancarkan peredaran darah ke otak dengan cara mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kepekatan darah.
  • Lebih banyak peredaran ke otak bermaksud otak akan menerima lebih banyak oksigen dan nutrisi.
  • Oksigen & nutrisi untuk otak adalah faktor penting untuk tahap fokus minda & kekuatan daya ingatan.
#2 Bertindak sebagai antioksidan berkesan.
  • Antioksidan ialah sebatian atau molekul pelindung sel badan yang boleh dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Saraf-saraf otak boleh rosak akibat radikal bebas dan menyebabkan berkurang kebolehan otak untuk berfikir dengan baik.
  • Ginkgo sangat kaya dengan 'flanovoids' dan 'terpenoids' yang mampu melindungi saraf otak daripada radikal bebas tersebut.
#3 Menguatkan memori jangka masa pendek & memori jangka masa panjang.
  • Laporan daripada kajian mengatakan bahawa apabila ia digunakan secara konsisten, pengguna jadi lebih mudah belajar & lebih mudah ingat apa yang telah dipelajari.
  • Kesan ini sangat ketara kepada orang yang sudah berumur & orang yang perlu banyak berfikir seperti pelajar.
.
.
Manfaat Madu dalam I.Qyuzo untuk daya ingatan:
#1 Membekalkan gula semulajadi kepada otak.
  • Gula semulajadi yang ada dalam madu menjadi sumber tenaga yang bersih & cepat kepada otak.
  • Tenaga ini sangat membantu dalam menguatkan memori jangka masa pendek.
  • Tenaga ini juga membantu proses mempelajari sesuatu terutama ketika otak sudah penat akibat terlalu banyak berfikir.
#2 Membantu penyimpanan memori & tidur yang lebih baik. 
  • Madu membantu pengeluaran melatonin dalam tubuh & mengawal kadar gula dalam darah pada waktu malam.
  • Ini membolehkan anak-anak tidur dengan lebih lena dan selesa.
  • Tidur yang baik pula boleh menguatkan daya ingatan. Ia juga menajamkan akal fikiran anak-anak pada keesokan harinya.
#3 Kaya dengan antioksida. 
  • Madu mengadungi 'polyphenols' seperti 'pinocembrin' yang terkenal mampu melindungi saraf-saraf otak daripada kerosakan akibat radikal bebas.
  • Ini akan membantu anak-anak kekal ingat apa yang telah mereka pelajari.
  • Ini juga mengurangkan risiko lemah daya berfikir dalam otak anak-anak.

.

.

Manfaat Blueberries dalam I.Qyuzo untuk daya ingatan:
#1 Menguatkan memori & kebolehan belajar. 
  • Blueberries sangat kaya dengan 'flanavoids' terutamanya 'anthocyanins'.
  • Bahan ini meningkatkan komunikasi antara sel-sel otak.
  • Kajian menunjukkan bahawa faktor ini menguatkan memori jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
#2 Meningkatkan fokus & kepantasan proses otak berfikir. 
  • Kajian menunjukkan bahawa penggunaan konsisten akan membuat otak lebih fokus, pantas & cerdas.
  • Kelebihan ini sangat-sangat berguna untuk aktiviti yang banyak memerlukan kebolehan membuat keputusan dengan cepat seperti menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan.
#3 Menghalang kemerosotan kebolehan berfikir. 
  • Sama seperti Luban, blueberries merupakan bahan anti-radang.
  • Ia mampu mengurangkan masalah lemah atau hilang memori akibat meningkat usia.
  • Ia juga terkenal kerana mengurangkan risiko penyakit dementia & Alzheimer.
 Apa akan jadi kalau kita biarkan anak-anak terus lemah daya ingatan atau cepat lupa?
#1 Sukar faham topik baru. 
  • Apabila anak-anak sukar untuk mengingat, mereka akan sukar untuk faham. Faham adalah kebolehan untuk membuat kaitan antara fakta-fakta yang telah dipelajari sebelum ini.
  • Jadi, apabila tidak ingat fakta, tidak dapat juga anak-anak faham yang sedang dipelajari itu.
#2 Tidak mampu skor A. 
  • Apabila tidak mampu mengingat, anak-anak sukar faham apa yang telah dipelajari.
  • Akibatnya, dalam peperiksaan, mereka tidak akan mampu jawab soalan-soalan yang diberikan.
#3 Tidak mampu jadi pelajar cemerlang. 
  • Menjadi pelajar cemerlang adalah harapan besar ibu bapa dan anak-anak.
  • Jika anak-anak lemah daya ingatan, menjadi seorang pelajar cemerlang adalah hampir mustahil.
#4 Lemah keyakinan diri. 
  • Cepat lupa, tidak boleh skor A & tidak mampu jadi pelajar cemerlang akan membuat anak-anak hilang keyakinan diri.
  • Mereka akan takut untuk mencuba & tidak berani meletakkan cita-cita yang tinggi.
  • Akibatnya, masa depan mereka bakal terjejas.
#5 Pudar potensi. 
  • Setiap anak mempunyai potensi diri yang hebat.
  • Sayangnya apabila tidak cemerlang & hilang keyakinan diri, potensi diri mereka akan jadi sangat terbatas.
  • Apabila potensi diri terbatas, masa depan mereka akan menjadi gelap dan suram.
Jadi, Jom bantu anak-anak kuatkan daya ingatan! 
Jom dapatkan I.Qyuzo sekarang!
Siapa Osman Affan, pengasas produk I.Qyuzo berasaskan Luban ini?
Osman Affan adalah seorang Trainer Profesional & telah mengajar & mengasaskan Teknik Belajar SmartStudy® sejak tahun 2004.
Beliau juga adalah penulis buku & infografik teknik belajar berkesan SmartStudy® sejak tahun 2004 hingga kini.
Pada tahun 2021, Tuan Osman Affan telah diiktiraf oleh Malaysia Mnemonic Association sebagai Jurulatih Memori Bertauliah dan dilantik menjadi Jurulatih Memori peringkat kebangsaan untuk Kejohanan Memori Sekolah 2021.
Salah satu tugas beliau ialah melatih peserta untuk menghafal semua 80 digit nombor ini dalam masa 5 minit sahaja. Mereka perlu ingat nombor-nombor ini mengikut susunan dari depan ke belakang dan belakang ke depan.
Alhamdulillah. Hasil latihan selama 12 minggu, anak-anak murid didikan beliau berjaya menawan 5 tempat teratas dan berjaya menjadi JUARA & NAIB JUARA MEMORI Malaysia.
Sejak tahun 2005 hingga kini, Tuan Osman Affan sangat aktif dijemput bagi mengendalikan program-program Teknik Belajar SmartStudy® ke sekolah-sekolah terutamanya ke sekolah berasrama penuh di seluruh Malaysia.
Malah program-program kendalian beliau untuk guru dan pelajar telah sampai ke Negara Brunei dan juga Singapura.

ANTARA PROGRAM SMARTSTUDY® TERKINI OSMAN AFFAN PADA TAHUN 2024 - 2025

Osman Affan sangat aktif menghasilkan video-video pendidikan berbentuk tip belajar berkesan di Tik Tok, Instagram & Facebook.
Kebanyakan video hasil perkongsian beliau sangat popular dan viral terutamanya video berkaitan topik cara menghafal fakta subjek Sejarah.
OSMAN AFFAN SMARTSTUDY & CONSULTANT (001987470-A))
Alamat: 28 Jalan UP 3/7F, Taman Ukay Perdana, 68000 Ampang Selangor. 
Contact: +6012-9038747
akademismartstudy@gmail.com